Tuesday, September 30, 2014

Anda senggugut!! cek simptom ini..



Apa itu senggugut

Senggugut atau juga dikenali sebagai (Premenstrual dysphoric disordr/ dysmenorhoea) merupakan sakit yang timbul dengan kedatangan haid bagi seorang wanita. Senggugut dibahagikan kepada dua iaitu senggugut utama dan senggugut kedua.

Pembahagian jenis senggugut

1- Senggugut utama atau senggugut primari adalah disebabkan oleh penghasilan hormon prostaglandin oleh badan yang menyebabkan pengecupatan rahim yang luar biasa kuat. Senggugut utama biasanya berlaku pada wanita remaja belum kahwin dan menyerang pada pertama dan kedua kedatangan haid.

Rasa sakit sewaktu datang haid ini adalah disebabkan oleh kuncupan rahim yang sangat kuat untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu keluar dari selaput endometrium. Darah haid ini perlu keluarmenerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit dikalangan gadis remaha. Kuncupan rahim yang kuat ini adalah disebabkan oleh sejenis hormon yang digelar dengan nama ' Prostaglandin'.

Ramai dikalangan wanita yang risau samada senggugut boleh menyebabkan kemandulan. Ini tidak benar dan senggugut biasanya akan hilang setelah gadis berumahtangga dan mendapatkan anak. Kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca pada senggugut. Walau demikian, sebahagian kecil dari mereka akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan jika senggugut itu berterusan selepas kahwin.

2. Sengugut Kedua disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis ) dan berlaku pendarahan di dalam perut, atau jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang kebiasaanya pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan pendarahan haid.

Senggugut sekondari ini dikenali sebagai 'congestive dysmenorrhea' yang biasa dialami oleh wanita yang sudah berkahwin dan melahirkan anak. Lazimnya sengugut yang dialami itu lebih teruk dan lebih panjang waktunya. Sengugut ini disebabkan oleh sesuatu penyakit dalam anak peranakan. Di antara penyakit termasuklah ketumbuhan dalam rahim seperti 'endometriosis', 'adenomyosis','fibroids' dan jangkitan kuman pada perkakas peranakan. Kebanyakan daripada mereka menghadapai masalah kurang subur, mudah keguguran, pendarahan yang berlebihan dan berpanjangan atau senggugut yang sangat teruk.

Antara simptom-simptom senggugut:
-perasaan amat sedih atau putus asa, kemungkinan membayang bunuh diri
-perasaan tegang atau resah
-serangan panik
-perubahan perasaan, menagis
-mudah terganggu atau marah berpanjangan, meningkat pertelingkahan interpersonal
-tidak kisah atau tidak berminat dalam aktiviti harian dan hubungan
-sukar menumpu perhatian
-lesu
-kemaruk atau peningkatan nafsu makan
-sukar menumpu perhatian
-sukar tidur, insomnia atau hipersomnia
-perasaan 'luar kawalan'
-peningkatan atau penurunan nafsu seksual
-peningkatan rasa bagi intim emosi
-simptom fizikal, kembung, degupan jantung, payu dara sensitif, sakit kepala,, sakit sendi atau otot.

No comments:

Post a Comment